Kelas Ms Word

18 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Oktober 2020, pihak pengurusan Pusat Internet Komuniti Jerlun telah mengadakan kelas ICT Microsoft Word. Kelas yang diadakan di Pusat Internet Komuniti Jerlun ini disertai oleh 2 orang pelajar Sekolah Menengah dan berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 3.30 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta berkenaan cara-cara penggunaan Ms Word serta membiasakan diri mereka dengan penggunaan komputer. Kelas ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia ada serta menambah minat mereka untuk mendalami bidang ICT.

Pusat Internet Komuniti menawarkan bimbingan ICT kepada komuniti yang berminat untuk belajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali